Microsoft Beli Yahoo? Patut ke? Apa respon Google?

Baru-baru ni kecoh satu dunia yang Microsoft dilaporkan membida untuk membeli Yahoo dengan harga 44.6 billion US! Perh… Ini menimbulkan kontroversi dan jika perkara ini berjaya diteruskan, satu impak besar akan berlaku dalam dunia internet.
Google yang menjadi Search Engine terbesar monopolinya di dunia memberi respon negatif pada berita itu. Nampaknya Google tak senang duduk bila 2 syarikat Gergasi dalam Search Engine ingin bergabung menjadi satu. google memberi alasan penolakan kerana perkara tersebut tidak adil dan membantut inovasi dalam search engine.
Kira Google tentang sebab dari 2 otak jadi satu, so inovasi akan jadi kurang. Respon saya pula, memang tak patut pun Microsoft membeli Yahoo! Saya amatlah tidak menyokong kerana tindakan itu dilihat sebagai usaha Microsoft memonopoli internet dengan cara kotor. Tak best langsung. Google juga berpendapat begitu. Lagipun, kalau yahoo terima pembelian tu, kira nampak sangat yahoo ni lemah. Walaupun sudah bertapak menjadi search engine kedua terbesar selepas Google.
Berikut adalah sedikit petikan berita:

Microsoft has made an unsolicited $44.6 billion cash and stock bid for Yahoo, a deal that shakes up the competitive and lucrative market for Internet search…
In a copy of the letter it sent to Yahoo’s board of directors, Microsoft disclosed it had explored a Microsoft-Yahoo deal a year earlier, only to be rebuffed with Yahoo telling it at that time it was confident of the “potential upside” for Yahoo from operational changes it planned.
“A year has gone by, and the competitive situation has not improved,” the letter from Microsoft CEO Steve Ballmer said.
ICT jangka tumbuh 13 peratus
INDUSTRI teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dijangka terus mencatatkan pertumbuhan dua angka tahun depan walaupun harga minyak dunia terus meningkat serta kesan krisis gadai janji di Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), David Wong Nan Fay, berkata industri itu merekodkan pertumbuhan sederhana iaitu 13 peratus tahun ini berbanding sebelum ini.
“Industri ini dijangkakan terus meningkat meskipun ia tidak serancak yang kami mahukan.
“Kami menjangkakan industri itu akan berkembang antara 12 dan 13 peratus tahun depan didahului sektor pembuatan, perbankan, kewangan, kerajaan, pengangkutan dan pengguna, yang berbelanja besar untuk ICT,” katanya.
Beliau berkata, menurut laporan Digital Planet 2006, perbelanjaan ICT Malaysia akan meningkat daripada RM36.76 bilion (AS$11.4 bilion) pada 2007 kepada RM43.52 bilion pada 2008.
Wong berkata, Internet akan terus mendahului dalam semua sektor ekonomi.
manakala e-dagang, e-perbankan, e-kerajaan dan Sekolah Bestari akan terus menggerakkan persekitaran tanpa kertas.
“Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, langganan dial Internet mempunyai 11.5 juta pengguna.
“Kadar penembusan jalur lebar negara masih rendah iaitu 12.8 peratus bagi setiap 100 isi rumah kerana banyak organisasi masih mengambil sikap tunggu dan lihat untuk mengunakan jalur lebar, dengan alasan kos tinggi, perkhidmatan tidak konsisten serta gangguan liputan, sebagai alasan,” katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, Pikom optimistik langganan Internet akan meningkat memandangkan lebih banyak inovasi kandungan serta aplikasi baru yang dikeluarkan.
- Bernama