Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri
Kamu
mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata
kamu semak tarikh lahir dan
haiwan yang menjadi penaung kamu
Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
|
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati
|
Anjing:
Kamu memang
seorang yang setia dan manis
orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal
lagi. kejujuran
dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di
dalam kerjaya kamu memang boleh
dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering
bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan
mencari masalah dan sukakan suasana
yang damai.Kualiti itulah
yang menjadikan teman-teman
suka berada di sisi kamu.
Cita rasa kamu di dalam fesyen
juga diakui baik dan kamu
akan mudah
terasa malu dan sedih sekiranya
alamari pakaianmu tidak lengkap dengan
pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai
teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai
kualiti yang baik.
Tikus:
Kamu ini
memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan
menjadikan wajah kamu comel dan
mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang
suka berkawan dengan kamu kerana
sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu
begitu sensitif orangnya dan itu
menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada
yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan
mengundang kemarahan kamu di tahap
maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman
juga manusia yang tidak lepas dari
melakukan kesilapan.
Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu
ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan
aktiviti luar rumah dan tidak
gemar melepak tidak tentu arah
tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan
memberikan arahan kepada orang lain dengan cara
yang paling disenangi. Kamu
memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah
dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.
Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan
yang senyap dan damai. Di dalam
kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa
melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam
situasi normal, kamu memang nampak tenang
tetapi apabila kamu dicabar, serta
merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak
bergaya. Orang sekelilingmu sering
menjadikan kamu sebagai idola di
dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap
dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati
memilih teman.
Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan
dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan
sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan
kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak
akan cuba
menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman.
Kamu juga tidak suka cakap
belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan
cara kamu
melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan
tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap
kamu dan kamu sentiasa melihat
kehidupan sebagai latihan praktikal.
Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa
saja yang kamu lakukan, kamu akan
enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan
senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di
dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat
yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi.
Di dalam pekerjaan,
kamu memang teratur dan sistematik.
Namun, awas! Kamu mudah jatuh
cinta!
Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan
dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi
setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk
untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan
teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah
harimau bintang adalah begitu teratur
dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak
tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu
mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan
kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang
pertama yang mereka cari.
Monyet:
Tidak sabar
dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya
dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu
terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan
berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata
hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka
yang bernaung di bawah monyet memang
begitu bijak mencari wang dan
begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.